PENGENALAN
KYMOASIA SDN. BHD.
Kymoasia Sdn. Bhd. atau KSB adalah kesinambungan dari syarikat Kymoasia Apparel Manufacturer. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 yang fokus dalam bidang pembuatan pakaian saja.
Syarikat KSB di tubuhkan mengantikan Kymoasia Apparel Manufacturer dengan memberi penekanan dalam bidang membuat pakaian, pembinaan/pembersihan dan pembekalan/perkhidmatan.
Syarikat KSB adalah syarikat berstatus Bumiputra dan semua Lembaga Pengarah dan kakitangannya adalah OKU yang berkerja sepenuh masa . Mereka mempunyai kepakaran tertentu yang membolehkan syarikat bergerak di landasan yang betul.
Walaupun berstatus syarikat OKU, syarikat KSB mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta mengikut piawaian yang dihendaki oleh pelanggan-pelanggan selaras dengan Motto syarikat kami iaitu `Kepuasaan Anda, Keutamaan Kami`.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
Syarikat KSB membantu Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia atau Malaysia Sports Association ( MSDeaf ) bagi pembangunan Sukan Kanak-Kanak dan Remaja Pekak sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat ( Corporate Social Responsible ) kami.

|